SUPERMAN ![]() SUPERWOMAN ![]() Facebook | Twitter | Blogger
| Saat Terakhir
Angin
malam yang mencengkam seluruh jasadku memenuhi ruang kamarku . Aku termenung di
muka tingkap sambil melayan lagu Should I Confess yang dinyanyikan oleh Soyu ,
penyanyi Korea , untuk drama Playful Kiss . Kesedihan masih lagi menghantui
diriku . Kenangan demi kenangan datang menerjah kotak fikiranku . Aku bingung !
Aku tahu , memikirkannya menjadikan aku bertambah pilu . Walaubagaimanapun ,
aku tetap pasrah dan menganggap semua ini ketentuan – Nya .
“Arynn !” laung satu suara dari arah blok C .
Aku memandang ke atas . Kelihatan sekujur tubuh sedang melambai ke arahku .
Ternyata itu ialah Zafrul ! Dia ialah lelaki pujaan ramai perempuan di SMK Seri
Utama . Tetapi , dia juga merupakan lelaki yang aku benci ! Memang ramai yang
mengatakan aku membenci Zafrul adalah kesilapan yang paling bodoh dalam hidupku
. Arghh ! Aku tak peduli . Aku tak kisah apa yang orang nak cakap . Aku bukan
perempuan yang tergedik – gedik terhadap lelaki ! Aku sentiasa dengan prinsip
aku . ‘Lelaki PEMBOHONG’ dan ‘Single is Simple’ .
Aku membiarkan Zafrul . Aku kembali berbual dengan teman – temanku di pondok
istirehat . Sedang leka berbual , loceng sekolah berbunyi menandakan waktu
rehat telah tamat . Aku bersama rakan – rakanku beredar memasuki ke kelas
masing – masing . Sejurus sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas , kelihatan
sebuah kotak yang dibaluti dengan pembalut hadiah di atas mejaku . Semua mata
yang berada di dalam kelas itu terpana kepada ku . Aku segera mengambil kotak
tersebut . Tertera ‘ untuk Nur Arynn Nabiella ‘ . Hairan . Hari ni bukannya
birthday aku . Lantas aku membuka balutan kotak tersebut . Terdapat seutas jam
tangan jenama Gucci di dalamnya . Cantik ! Aku tersenyum sendirian . Tapi , aku
masih tertanya – tanya siapa pemberinya .
“Amboi . Dapat jam tangan baru yer . Untung kawan aku ni ,” sapa Ieyza di
sebelahku .
“Apa
lah kau ni ! Aku tak tahu siapa yang berikan . Aku takkan pakai selagi tak tahu
siapa pemberinya . Aku akan simpan je dulu ,” balasku perlahan .
“Peminat
kau kot yang berikan . Ye lah .. Tuan punya badan ni cantik . Mesti ada peminat
rahsia ,” seloroh Ieyza . Main – main pulak ! Aku senyap . Membisu .
Selepas
tamat sesi persekolahan pada hari itu , aku mengemas semua peralatan sekolah
dan memasukkannya ke dalam beg . Sebaik sahaja aku ingin melangkah pergi dari
kelas , kelihatan susuk tubuh Zafrul di hadapan pintu kelasku . Aku segera
memalingkan pandangan ke arah lain .
“Arynn
!” seseorang memanggilku . Aku tahu itu adalah suara Zafrul . ‘Apa lagi lah
mamat ni nak ?!’ getus hati kecilku geram .
“Kenapa
tak pakai jam tangan baru ?” tanya Zafrul sewaktu aku ingin mempercepatkan
langkah kakiku . Tiba – tiba aku berhenti sejurus mendengar pertanyaan itu .
Aku segera memandang Zafrul yang sedang berdiri di belakangku . Mukanya yang
begitu tampan telah membuatkan lidahku kelu dan kakiku kaku secara automatiknya
. Pertama kali aku memandang wajahnya sebegini . Benar lah kata orang . Zafrul
memang mempunyai ciri – ciri yang diminati oleh kaum Hawa . Tetapi , hati aku
masih berkata ‘TIDAK’ untuk dirinya . Mengapa ?? Mungkin disebabkan aku pernah
dibohongi oleh seorang lelaki sebelum ini . Zafrul tersengih macam kerang busuk
apabila melihat keadaan ku seperti kaget . Budak tak guna !
“Apa
? Kau tanya apa tadi ? Macam mana kau tahu pasal jam itu ?”
“Lol
! Tak nak tanya ke siapa pemberinya ?” Zafrul membetulkan rambut dan kolar
bajunya . Berlagak hensem !
“Siapa
?” soalku geram .
“Well
. Pemberi tu bernama Mohd Zafrul Izham . Pelajar kelas 5 Wangsa ,” aku terpana
. Terkesima . Tak mungkin dia ! Aku segera mengeluarkan kotak hadiah tadi dari
beg sekolahku dan memberi padanya semula . Tetapi , Zafrul enggan menerimanya
kembali . Katanya , jam tangan tersebut telah menjadi milik aku . Bengang yang
teramat dengan sikapnya !
“Okay
, fine ! Kau tak nak ambil sudah lah . Aku akan simpan hadiah ni sampai satu
hari nanti jam ini akan jadi milik kau balik . Aku takkan pernah pakai jam ni
!” herdikku geram . Zafrul tergelak besar . ‘Gelak lah kau , budak !’ desisku
dalam hati .
‘Arynn
.. Aku jamin , satu hari nanti kau akan jatuh hati dengan ku dan jam itu akan
kau pakai sebagai tanda kenangan kita berdua’ detik hati Zafrul mengharap .
Semalaman
aku menghadap buku Sejarah . Banyak fakta yang perlu aku ingat sebelum menjelang
hari peperiksaan SPM . Masa pada hari ini berlalu dengan pantas . Aku semakin
merasakan yang hari peperiksaan semakin hampir . Tetapi , mama dan papa selalu
menasihati aku supaya merajinkan diri untuk memperbanyakkan solat sunat .
Jam
sudah menunjukkan pukul 11.30 malam . Aku mengambil keputusan untuk tidur awal
memandangkan hari esok ada aktiviti kokurikulum di sekolah pada sebelah petang
. Sebelum sempat aku memejamkan mata , terdengar nada sms masuk di handphone ku
. Tertera nombor yang tidak aku kenali .
Oyasuminasai
. Aishiteru :)
Gila
! Siapa entah yang mengarut tetiba hantar mesej macam ni . Mesej tu dalam
bahasa Jepun . Aku pernah belajar bahasa Jepun daripada seorang kawan lelaki di
laman sosial Facebook . Dalam bahasa Melayu , mesej itu mengatakan ‘Selamat
malam . I love you’ . Maybe tersilap hantar . So , aku tidak melayani mesej itu
.
Keesokkannya
, sebaik sahaja sampai di sekolah , terpancul wajah Zafrul di hadapan aku .
‘Asyik – asyik dia !’ bentakku di dalam hati . Arah tujunya menghampiri aku .
Aku gelisah . Kaki pun tetiba jadi seram sejuk . Kenapa Zafrul selalu muncul
dalam bayangan aku sekarang ??? Urghh !
“Ohayou
,” ucapnya dalam bahasa Jepun . Memang Zafrul terkenal dengan bahasa Jepunnya
di sekolah . Ohayou membawa maksud selamat pagi . Aku menundukkan sedikit
wajahku ke bawah . Tanda hormat . Selepas itu , aku terus membawa diri masuk ke
kelas . Zafrul tersenyum melihat tingkah langkah ku yang agak gelabah . Malunya
!
Selepas
menunaikan solat Isyak , terdengar alunan lagu Don’t Hold Your Breath yang
dinyanyikan oleh Nicole Scherzinger bermain di telefon ku . Nombor yang sama
yang menghantar mesej Jepun kepadaku baru – baru ini tertera di skrin telefon .
Tanpa rasa was – was , aku segera menjawabnya .
“Konnichiwa ,” < hello > ucapnya sebaik sahaja aku menjawab panggilannya
.
“Konnichiwa ,” balasku dengan berbahasa Jepun juga .
“Ogenki desuka ?” < awak sihat > soalnya .
“Watashi wa genki desu ,” < saya sihat > .
“Anata wa kawaii desu ,” < awak cantik > katanya . Aku semakin hairan .
Macam mana dia boleh kata aku ni cantik ? Dia kenal aku ke ?
“Sorry . Awak siapa ?”
“Saya ? Peminat awak dari belakang . Arynn , saya akan terus mendekati awak dan
akan terus menunggu awak . Saya tahu awak anti – lelaki . Tetapi , saya harap
akan ada peluang untuk saya walaupun saya tidak mempunyai banyak masa ,” lembut
nadanya mengatakan sedemikian . Apakah maksudnya ‘saya tidak mempunyai banyak
masa‘ ? Siapakah dia ? Macam mana dia tahu nama aku ? Belum sempat aku
menanyakan semua itu padanya , panggilan telah dimatikan . Aku cuba mendail
semula nombornya . Tetapi , sayang . Tiada yang menjawab . Akhirnya , aku give
up .
Fikiranku merawan entah ke mana pada malam itu . Suaranya masih tergiang –
giang di telinga ku . Suaranya macam ku kenal . Tapi , entah lah . Memang aku
akui , aku merasakan perasaan ku sangat gementar sewaktu berbual dengannya . Ya
Allah , kenapa dengan aku . Siapakah jejaka itu ??
Aku terlelap .
Keesokkan paginya , ketika sedang bersiap – siap hendak ke sekolah , aku
terpandang telefon ku . Ada mesej masuk di ruangan inbox . Aku membukanya . DIA
LAGI !
You are perfect to me ; )
Aku kaget . Tidak tahu nak cakap apa . Lelaki ini memang misteri bagi aku . Aku
tidak kenal dia . Masakan dia mengenali aku . Buntu ! Akhirnya , aku membiarkan
begitu sahaja mesej itu .
Aku ke sekolah seperti biasa . Tetapi , mungkin hari ini aku merasakan sedikit
kelainan . Mungkin disebabkan ‘dia’ . Aku melangkah masuk ke kelas dengan
langkah yang longlai . Tiba – tiba , aku terpandang sekeping kertas di dalam
laci mejaku . Aku menariknya keluar . Aku agak terkejut apabila membacanya .
You are perfect to me ; )
Perkataan itu yang tertulis di atas kertas tersebut . Sama macam apa yang
tertera di mesej pada pagi tadi . So , that’s mean , lelaki itu satu sekolah
dengan aku ! Tak mungkin ! Kali ni , aku nekad untuk mencari dia .
Apabila loceng rehat berbunyi , aku menarik tangan Ieyza menuju ke kantin
sekolah . ‘Mungkin dia juga rehat di kantin pada masa ni’ desis hatiku .
“Arynn . Apahal dengan kau ni ? Tiba – tiba ajak aku pergi kantin . Selalunya ,
kau tak suka pergi sana . Kenapa ni ? Kau lapar ke ? Mustahil !” soal Ieyza
tiba – tiba . Mungkin dia telah menyedari sikapku yang gabra ni .
“Kau follow jela . Jangan banyak tanya . Aku tak suka . Ni penting . Aku nak
cari someone . Jangan tanya aku siapa dia !” gertakku . Ieyza mengangkat
sebelah keningnya . Wah , ala – ala Ziana Zain gitu ! Akhirnya , Ieyza mengalah
. Dia hanya mengikut rentakku .
Sebaik sampai di kantin , kelihatan berpusu – pusu pelajar menyerbu tempat itu
. Walaupun aku berasa sedikiti rimas , aku tetap mencelah untuk masuk ke sana .
Tiba – tiba , aku menangkap kata ‘You are perfect to me’ . Aku segera berpaling
ke belakang. Tetapi , tiada siapa . Aku yakin yang aku tidak salah dengar .
Sejurus dengan itu , aku terpandang Zafrul yang berada tidak jauh daripada situ
. Kelihatan dia sedang memandangku sambil tersenyum . Apakah ini semua
merupakan perbuatan Zafrul ? Setidaknya , aku harus ambil tahu ! Tapi , bukan
hari ini .
Pada malam itu , aku masih menerima panggilan daripada dia .
“Assalamualaikum ,”
“Waalaikumussalam ,”
“Awak mencari saya ke hari ini , Arynn Nabiella ?” terkedu aku dengan
pertanyaannya . Macam mana dia tahu ???
“Awak , please . Tell me the truth . Awak siapa sebenarnya ? Jangan buatkan
saya macam orang bodoh ,” rayuku . Serius aku bingung dengan semua game ni !
“Arynn , saya bukan nak buat awak macam orang bodoh . Saya takut nak muncul di
depan awak dan bagitahu siapa saya sebenarnya . Saya tahu hati awak bukan untuk
siapa – siapa sekarang . Awak benci lelaki . Saya tahu awak pernah dikecewakan
. Mesti awak akan membenci saya juga nanti . Arynn , saya ikhlas dengan awak .
Sekarang , awak dah tahu yang saya satu sekolah dengan awak . Itu je yang perlu
awak tahu . Saya akan berdepan dengan awak pada masa yang tepat ,” terangnya
panjang lebar . Seakan – akan ikhlas . Tersentuh hati aku dengan kata – katanya
itu . Ya Allah ....
“Okay . Saya akan tetap menantikan kemunculan awak . Saya janji saya takkan
benci awak . Saya takkan paksa awak ,” balasku acuh tak acuh . Tapi , sekurang
– kurangnya aku JUJUR !
“Thanks , Arynn Nabiella . Oyasuminasai ,” panggilan terus dimatikan !
Aku tercengang . Kenapa hati aku terlalu mudah untuk menerima semua ni , Ya
Allah ..
Hari
Jumaat merupakan hari terakhir persekolahan pada minggu ini . Aku harap dia
muncul pada hari ini . Aminn ..
Papa menghantarku ke sekolah pada hari ini . Selalunya mama . Tapi , mama ada
hal . So , terpaksa lah papa yang hantarkan . Turun sahaja daripada kereta ,
Zafrul sudah berada di hadapanku . Arghh ! Lagi – lagi mamat ni !
“Ohayou , Arynn ,” ucapnya sambil tersenyum . Kelihatan lesum pipit di kedua –
dua belah pipinya . First time aku nampak tu ! Arghh , tidak . Lupakan pasal
Zafrul .
“Ohayou ,” balasku . Kemudian , terus beredar . ‘Zafrul , maafkan aku kerana
sering memperlakukan dirimu seperti tunggul kayu’ bergetar jiwaku sewaktu
mengatakan itu di dalam hati .
“Arynn , saya akan terus mendekati awak dan akan terus menunggu awak . Saya
tahu awak anti – lelaki . Tetapi , saya harap akan ada peluang untuk saya
walaupun saya tidak mempunyai banyak masa . By the way , you are perfect to me
,” belum sempat aku melangkah pergi , Zafrul mengucapkan semua itu . Apakah aku
tidak salah dengar ?? Langkahku berhenti . Aku segera memalingkan ke belakang .
Menghadap Zafrul . Zafrul tersenyum manis . Ya Allah , aku sangat kenal akan
ayat itu . Ayat yang sama yang pernah diucapkan oleh ‘dia’ . Adakah dia ialah
Zafrul ? Terkesima aku dibuatnya .
“Zafrul ?”
“Ya , saya . Sorry Arynn sebab buat awak macam orang bodoh . Saya takde niat
langsung nak buat macam tu kat awak . Sekarang , saya muncul di hadapan awak .
Harap awak kotakan janji awak untuk tidak membenci saya ,”
“Tidak . Saya takkan benci awak . Malah , saya gembira dengan kemunculan awak .
Tak sangka lelaki itu ialah awak . Tapi , kenapa awak buat semua ini ? “
“Saya jatuh hati terhadap awak sejak pada minggu orientasi tingkatan empat
tahun lepas . Selepas saya tahu awak budak baru di sekolah ini tahun lepas ,
banyak yang saya ingin menguji awak . Ternyata , awak tidak seperti perempuan
lain . Awak sangat berbeza dengan mereka walaupun awak agak sedikit kepala batu
dan garang ,” aku tergelak kecil mendengar pengakuannya itu . Tiba – tiba ,
mataku berkaca . Setitik demi setitik air mataku mengalir . Sesungguhnya , aku
telah jatuh hati dengan ketulusan hatinya .
“Awak dah buat saya menangis , Zafrul ,” Zafrul tersengih . Menggaru kepalanya
yang tidak gatal .
“Alamak ! I’m sorry . Bukan niat saya . Dah lah . Jangan menangis . Nanti
keluar gosip pasal saya buat awak menangis pulak ,” aku tergelak . Dia
mengeluarkan sapu tangan miliknya dari poket seluar lantas memberikannya
kepadaku untuk mengesat air mataku . Pada masa itu , aku merasakan diri aku
sangat dihargai . Bahagia : )
Namun
, semua itu hanya tinggal kenangan antara aku dan dia . Zafrul telah kembali ke
rahmatullah disebabkan barah otak . Dia mengalami penderitaan itu sejak berumur
14 tahun . Walaupun kebahagiaan itu hanya sementara untuk diriku , aku tetap
bersyukur kepadaNya kerana memberikan aku pelung merasai semua ini . Mungkin
itu lah yang dimaksudkan oleh Zafrul , ‘saya tidak mempunyai banyak masa’ .
Sungguh , aku begitu merasai kehilangannya . Sudah sebulan arwah meninggalkan
diriku . Ieyza dan kawan – kawanku sentiasa memberikan kata – kata semangat
untukku .
Aku teringat akan jam tangan yang pernah diberikan oleh Zafrul . Aku membuka
kotak tersebut . Jam itu masih dapat digunakan . Aku terpandang pada sehelai
kertas kecil yang terselit di bawah jam .
‘ satu hari nanti kau akan jatuh hati dengan ku dan
jam itu akan kau pakai sebagai tanda kenangan kita berdua’
Aku menangis sepuas – puasnya setelah membaca kertas itu . Zafrul , maafkan
Arynn . Arynn banyak buat salah dengan Zafrul . Kalau Arynn tahu ni akan
terjadi , Arynn takkan pernah sia – siakan Zafrul sebelum ini . Ampunkan salah
Arynn .....
( FIEYKA SYUKRI )
|